Tampil hijau, beri perkhidmatan terbaik

Tampil hijau, beri perkhidmatan terbaik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Syarikat Concepts Computer selaku pengedar produk IT terbesar di Negara Brunei Darussalam telah membuat perubahan pada bilik pamerannya di Kiulap sempena bulan Ramadan ini dan kedatangan Syawal.

Perubahan dilihat dari segi visual seperti rak-raknya yang menampilkan warna hijau jenama Acer.

Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman, berkata, “Kami di Concepts Computer tidak juga lupa untuk meningkatkan mutu kualiti kami dengan menambah latihan untuk kakitangan kami bagi memastikan Concepts Computer boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami”.

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Concepts Computer akan memberikan satu karton minuman tin bagi pembelian projektor Acer, komputer riba, PC, tablet atau telefon pintar.

Perubahan baru Bilik Pameran Concepts Computer di Kiulap.
Perubahan baru Bilik Pameran Concepts Computer di Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA