Tampines Junior College S’pura lawat DBP

Tampines Junior College S’pura lawat DBP

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seramai 24 orang pelajar Tampines Junior College, Singapura bersama tiga orang guru telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di ibu negara, hari ini.

Lawatan rombongan petang tadi itu telah diketuai oleh Guru Bertugas, Janet Leong Kim Lian.

Semasa lawatan, rombongan mendengarkan taklimat daripada wakil DBP yang antara lain menjelaskan mengenai fungsi serta kemudahan yang terdapat di perpustakaan tersebut, objektif perpustakaan, waktu-waktu perkhidmatan perpustakaan, struktur-struktur organisasi DBP, bidang-bidang utama DBP dan sebagainya.

Rombongan berkenaan berada di negara ini selama lima hari bermula hari ini sehingga 3 Jun nanti. Mereka akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan menarik termasuk Muzium Teknologi Melayu, Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Taman SOAS, Ladang Pertanian di Kampung Rambai, Lamunin dan banyak lagi.

Ahli rombongan semasa membuat lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ahli rombongan semasa membuat lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

ARTIKEL YANG SAMA