Tamu Seni di Pusat Belia malam esok

Tamu Seni di Pusat Belia malam esok

Oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Kumpulan penggiat seni dan teater tanah air, Kumpulan PUTRA Seni akan mengadakan Tamu Seni pada 5 Ogos ini bertempat di Dewan Silaturahim, Pusat Belia di ibu negara dengan menampilkan seorang penggiat seni yang aktif dalam bidang drama dan teater di Malaysia, Dr. Zainal Latif.

Menurut Ketua 1 Kumpulan Putra Seni, Zafri Ariff, Tamu Seni yang bermula jam 7:30 malam merupakan platform santai interaktif intelektual bagi para penggiat seni tempatan dalam pelbagai bidang seni melalui kegiatan perbincangan ilmu, persembahan, komersial, pameran dan banyak lagi.

Menurut beliau, Tamu Seni akan diadakan pada hari Jumaat minggu pertama setiap bulan sebagai kegiatan bulanan Kumpulan PUTRA Seni.

Kumpulan PUTRA Seni yang ditubuhkan pada pada 1984 merupakan persatuan belia yang bergabung di bawah Majlis Belia Brunei. Kumpulan tersebut bergiat dalam bidang kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan serta aktif mempersembahkan lakonan cerita-cerita rakyat Brunei dan cerita-cerita teladan agama dalam produksi mereka, Rumah Pusaka.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai khususnya para penggiat seni dan teater sama-sama hadir untuk menyerikan lagi acara tersebut sambil mencambah fikiran bersama Dr. Zainal Latif.

ARTIKEL YANG SAMA