Tan Cheng Bock bertanding lagi

Tan Cheng Bock bertanding lagi

SINGAPURA, 11 Mac (Bernama) – Bekas calon presiden, Dr. Tan Cheng Bock, telah mengisytiharkan pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden Singapura akan datang, lapor TODAYonline pada Jumaat.

Memetik posting Dr. Tan dalam Facebook pada Rabu, laporan itu menyebut rakan dan penyokong beliau telah menyoalnya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya presiden akan datang.

“Saya perlu beri penjelasan kepada mereka…Saya mahu rakyat Singapura tahu hasrat saya ini,” Dr. Tan dipetik sebagai berkata.

Dr. Tan Cheng Bok (kanan) dan isteri Cecilia Lee Choon Lian bergambar selepas mengumumkan pencalonannya bagi jawatan presiden Singapura pada sidang akhbar di Singapura kelmarin. – AFP
Dr. Tan Cheng Bok (kanan) dan isteri Cecilia Lee Choon Lian bergambar selepas mengumumkan pencalonannya bagi jawatan presiden Singapura pada sidang akhbar di Singapura kelmarin. – AFP

Pada pilihan raya presiden 2011, Dr. Tan mendapat 34.85 peratus undi, tewas kepada Presiden Tony Tan Keng Yam, yang meraih 35.20 peratus undi.

Menurut laporan itu, dua lagi calon pada pilihan raya presiden 2011 ialah Tan Kin Lian dan Tan Jee Say.

Pilihan raya presiden seterusnya akan berlangsung menjelang bulan Ogos 2017, kata laporan itu.

ARTIKEL YANG SAMA