Tan Wee Kong terima insentif RM100,000

Tan Wee Kong terima insentif RM100,000

KOTA KINABALU, 30 Ogos – Pemenang pingat perak dalam acara beregu badminton Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil, Tan Wee Kiong, hari ini menerima insentif RM100,000 sumbangan kerajaan negeri dan badan swasta.

Insentif itu disampaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kepada Tan semasa wira negara itu, bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, membuat kunjungan hormat kepada Musa di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, dekat sini.

Pada majlis berkenaan, Musa menyampaikan ucapan tahniah dan menzahirkan rasa bangganya terhadap Tan dan berharap lebih ramai belia di Sabah mencontohi kesungguhan serta komitmen Tan dalam melakar kejayaan besar untuk negara.

“Adalah menjadi harapan kita supaya saudara Tan ini boleh menjadi ‘role model’ kepada atlet muda (bahawa) kalau mahu berjaya seperti Tan mestilah rajin-rajin dan berlatih. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA