Tanah runtuh, banjir di Jepun ragut 3 jiwa

Tanah runtuh, banjir di Jepun ragut 3 jiwa

TOKYO, 21 Jun (AFP) – Kira-kira tiga orang meninggal dunia dan tiga lagi hilang selepas tanah runtuh dan banjir melanda rantau di selatan Jepun yang baru-baru ini dibadai gempa bumi kuat, menurut para pegawai hari ini.

Para penyelamat sedang mencari ketiga-tiganya di selatan wilayah Kumamoto di mana hampir 2,000 penduduk telah meninggalkan rumah mereka, termasuk mereka yang lari ke tempat selamat selepas dua gempa bumi kuat melanda pada April.

Gegaran dengan ukuran magnitud 6.2 dan 7.0 magnitud disusuli dengan lebih 1,700 kejutan lanjur, yang mengakibatkan tanah merekah di kebanyakan kawasan, menurut para pegawai.

Gegaran itu mengakibatkan 49 maut dan kerosakan besar berlaku di mana-mana.

Anggota bomba tempatan memeriksa kawasan itu berikutan tanah runtuh di bandar Kumamoto selatan Jepun pada 21 Jun. Kira-kira tiga orang meninggal dunia dan tiga lagi hilang selepas tanah runtuh dan banjir melanda kawasan yang pernah dibadai gempa bumi di Jepun. – AFP

Hujan lebat telah mencetuskan lagi tanah runtuh dan banjir di beberapa kawasan semalaman.

Penduduk tempatan melaporkan sungai-sungai membanjiri jalan dan rumah dengan air meningkat ke paras lutut, sementara yang lain berkata mereka mendengar bunyi deruan di beberapa kawasan yang dilanda oleh tanah runtuh pada waktu malam.

Lebih banyak hujan turun dijangka berlaku pada beberapa hari akan datang, menurut agensi kaji cuaca. Ia telah mengeluarkan amaran darurat ribut dan hujan bagi Kumamoto dan kawasan sekeliling pulau Kyushu.