Tanah runtuh, banjir ragut 90 jiwa

Tanah runtuh, banjir ragut 90 jiwa

KATHMANDU, 3 Ogos (Agensi) – Sekurang-kurangnya 90 orang telah terbunuh di seluruh Nepal dalam dua bulan kebelakangan disebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat, menurut pihak berkuasa.

Menurut satu laporan yang dibentangkan pada Parlimen kelmarin, 117 rumah, empat jambatan, lima jambatan sementara dan sebuah sekolah telah musnah di beberapa tempat.

Sekurang-kurangnya 90 orang telah terkorban pada bencana alam yang disebabkan musim tengkujuh baru-baru ini, menurut laporan itu.

Menyampaikan laporan itu dalam Parlimen, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Neheri Bam Dev Gautam berkata kehilangan nyawa paling ramai dan harta benda terjadi dalam tanah runtuh di Taplejung dan daerah Kaski.

Anggota keselamatan dan bantuan orang ramai berusaha mengesan mangsa tanah runtuh ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda seluruh Nepal. – Reuters
Anggota keselamatan dan bantuan orang ramai berusaha mengesan mangsa tanah runtuh ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda seluruh Nepal. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA