Tanah runtuh China ragut 34 jiwa

Tanah runtuh China ragut 34 jiwa

BEIJING, 8 Mei (Xinhua) – Presiden China Xi Jinping telah menggesa usaha maksimum untuk memastikan misi menyelamat segera ekoran runtuhan tanah yang berlaku hari ini di tenggara wilayah Fujian.

Pada tengah hari, tiga puluh empat orang hilang dan tujuh lagi cedera selepas satu runtuhan tanah melanda Daerah Taining di Fujian pada pukul 5 pagi pada pagi ini.

Dalam satu arahan selepas kemalangan, Xi menggesa kerajaan tempatan Fujian dan jabatan berkaitan supaya menganjur kerja-kerja menyelamat secepat mungkin.

Beliau menuntut usaha habis-habisan untuk mencari orang yang tertinbus dan hilang, dan menekankan rawatan diberikan kepada mangsa cedera, sementara menenangkan saudara mangsa yang cedera dan hilang.

Xi juga menggesa pengukuhan pengawasan tempatan dan pemeriksaan keselamatan untuk mengenalpasti risiko tersembunyi untuk mengelak kemalangan kedua.

Gambar yang diambil melalui telefon bimbit menunjukkan tapak kejadian tanah runtuh di Taining County Bandar Sanming, Wilayah Fujian di tenggara China, kelmarin. - Xinhua
Gambar yang diambil melalui telefon bimbit menunjukkan tapak kejadian tanah runtuh di Taining County Bandar Sanming, Wilayah Fujian di tenggara China, kelmarin. – Xinhua

Perdana Menteri China Li Keqiang mengeluarkan satu arahan bertulis meminta usaha sepenuhnya dilakukan dalam mencari dan menyelamat mereka yang hilang dalam runtuhan tanah dan merawat mereka yang cedera.

Li juga meminta Kementerian Tanah dan Sumber supaya memimpin dalam menubuh dan menghantar kumpulan kerja di bawah Majlis Negeri ke Fujian untuk menyelia dan membantu dengan kerja-kerja menyelamat.

Runtuhan tanah itu, yang menimbus bangsal sementara pembina di satu tapak pembinaan stesen hidroelektrik dan merosakkan pejabatnya, dicetuskan oleh hujan lebat yang menurunkan 191.6 milimeter hujan dalam 24 jam bermula semalam.

Pada masa ini lebih daripada 400 anggota penyelamat berada di lokasi bagi mencari 34 orang yang masih hilang.

ARTIKEL YANG SAMA