Tanah runtuh di China, 40 dikhuatiri maut

Tanah runtuh di China, 40 dikhuatiri maut

BEIJING, 12 Ogos – Kira-kira 40 orang hilang di China hari ini selepas satu runtuhan tanah menimbus tempat tinggal pekerja sebuah syarikat perlombongan di bawah satu juta meter padu tanah, menurut pihak berkuasa tempatan dan media negara.

Banjir sejurus selepas tengah malam menelan 15 pekerja asrama dan tiga rumah di daerah Shanyang, di utara wilayah Shaanxi, beritahu seorang pegawai di pejabat propaganda daerah kepada AFP.

Kira-kira 40 orang hilang, kata pegawai, yang enggan namanya disiarkan.

Agensi berita Xinhua berkata empat orang sudah pun diselamatkan pada pagi dan dikejarkan ke hospital. 10 orang lagi di tapak berjaya mengelak daripada terperangkap apabila runtuhan tanah berlaku, tambahnya.

Polis, anggota bomba, anggota menyelamat lombong dan kakitangan perubatan telah dihantar ke tempat kejadian dan penduduk di kawasan itu dipindahkan, kata kerajaan daerah dalam satu kenyataan.

Salah seorang anggota penyelamat berusaha mengesan mangsa kejadian tanah runtuh yang menimbus tempat tinggal pekerja syarikat perlombongan di daerah Shanyang di utara wilayah Shaanxi di China. – AFP
Salah seorang anggota penyelamat berusaha mengesan mangsa kejadian tanah runtuh yang menimbus tempat tinggal pekerja syarikat perlombongan di daerah Shanyang di utara wilayah Shaanxi di China. – AFP

Operator lombong dikenal pasti oleh Xinhua sebagai syarikat perlombongan Wuzhou, yang menurut syarikat induknya merupakan pengeluar vanadium.

Dalam perkembangan berasingan, satu kemalangan di lombong arang batu dan gas pada malam semalam di barat daya wilayah Guizhou membunuh 10 orang, kata pihak berkuasa keselamatan kerja wilayah dalam satu kenyataan.

Usaha menyelamat sedang dilancarkan, kata kenyataan hari ini.

Xinhua melaporkan hari ini 56 pelombong meninggal syaf lombong dengan selamat selepas kemalangan, dengan lima orang cedera dan tiga lagi masih hilang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA