Tanah runtuh, dua mangsa ditemui selepas 70 jam

Tanah runtuh, dua mangsa ditemui selepas 70 jam

BEIJING, 23 Dis (AFP) – Dua orang yang terselamat ditemui hari ini, kata pegawai-pegawai, di tengah-tengah runtuhan hampir tiga hari selepas tanah runtuh melanda selatan China meranapkan sebuah kawasan industri serta menimbus lebih 30 bangunan.

Salah seorang lelaki itu dikejarkan ke hospital dan disahkan salah seorang dari 76 orang yang hilang selepas bencana di Shenzhen, kata jabatan bomba wilayah Guangdong melalui mikroblog rasminya. Seorang lagi cedera teruk dan usaha masih dijalankan untuk mengeluarkannya daripada runtuhan.

Lelaki yang sudah berjaya diselamatkan ialah remaja berusia 19 tahun dikenali sebagai Tian Zeming dar bandar selatan Chongqing, yang diselamatkan awal pagi ini.

Rakaman gambar dan video dari tempat kejadian menunjukkan berpuluh-puluh anggota polis, bomba dan penyelamat berhempas pulas berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus itu.

Tian dikejarkan ke Hospital Daerah di Guangming di mana keadaannya adalah stabil.

ARTIKEL YANG SAMA