Tanah runtuh ragut 13 jiwa, 7 daripadanya kanak-kanak

Tanah runtuh ragut 13 jiwa, 7 daripadanya kanak-kanak

KARACHI, 13 Okt – Seramai 13 orang termasuk tujuh kanak-kanak terkorban di Karachi apabila tanah runtuh melanda pondok jerami ketika mereka sedang tidur, menurut pegawai.

Mangsa, menurut polis adalah berasal daripada tiga keluarga, tinggal di sebidang tanah berhampiran bukit di timur Gulistane Jauhar apabila tragedi itu melanda pada awal pagi.

Mayat-mayat ditarik keluar dari runtuhan sambil disaksikan kaum keluarga yang bersedih yang berada di tempat kejadian.

Salah seorang mangsa dipercayai anak damit berusia enam bulan, menurut pekerja penyelamat kepada AFP.

“Selepas kira-kira lima jam kerja menyelamat, sekitar 13 mayat telah ditemui daripada longgokan batu dan debu,” kata pegawai polis kanan, Javed Jaskani kepada AFP. – AFP

Askar separa tentera Pakistan dan penyelamat mencari mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Karachi hari ini. - AFP
Askar separa tentera Pakistan dan penyelamat mencari mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Karachi hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA