Tanah runtuh ragut 16 jiwa

Tanah runtuh ragut 16 jiwa

NEW DELHI, 22 April – Tanah runtuh besar melanda sebuah kem yang menempatkan para pekerja pembinaan di bahagian terpencil timur laut India hari ini, membunuh kira-kira 16 orang, kata polis.

Hujan lebat dicetuskan oleh bencana di negeri Arunachal Pradesh, Himalaya, yang terletak di sempadan Tibet dan dituntut sebahagiannya oleh China.

Para pekerja itu, yang sedang membina sebuah hotel, sedang tidur apabila tanah runtuh melanda kem mereka di daerah Tawang, kira-kira 10,000 kaki di atas paras laut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA