Tanah terbiar di Labuan terbakar

Tanah terbiar di Labuan terbakar

LABUAN, 29 Mac (Bernama) – Hampir 40 hektar tanah terbiar di Labuan terbakar berikutan peningkatan suhu panas akibat fenomena El Nino tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin memberitahu Bernama bahawa bulan ini adalah waktu yang mencabar bagi anggota bomba yang bergelut untuk memadamkan kebakaran hutan dan belukar hampir setiap hari sejak minggu lepas.