Tanam pokok sempena Hari Keputeraan

Tanam pokok sempena Hari Keputeraan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Kedutaan Besar Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), hari ini, telah menanam sebanyak 69 anak-anak pokok dalam aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang berlangsung di sekitar Taman Rekreasi Hutan Simpanan Berakas ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir ialah Duta Besar Diraja Thailand, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr.

Sesi bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin dan Duta Besar Diraja Thailand.
Sesi bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin dan Duta Besar Diraja Thailand.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya menanam Pokok Ru Laut.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya menanam Pokok Ru Laut.
Duta Besar Diraja Thailand menanam pokok sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun.
Duta Besar Diraja Thailand menanam pokok sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 tahun.
Sebanyak 69 anak-anak pokok ditanam di persisiran pantai Hutan Simpanan Berakas.
Sebanyak 69 anak-anak pokok ditanam di persisiran pantai Hutan Simpanan Berakas.
Antara mereka yang terlibat dalam acara penanam pokok.
Antara mereka yang terlibat dalam acara penanam pokok.

Pokok-pokok yang ditanam adalah Pokok Ru Laut, Pokok Baru-Baru dan Penaga Laut yang cepat tumbuh selain memiliki keunikannya tersendiri.

Terdahulu, aktiviti telah dimulakan dengan sesi memanaskan badan yang disertai oleh pegawai dan kakitangan di KPSSU dan Kedutaan Besar Diraja Thailand.

Selepas selesai sesi pemanasan badan, sesi penanaman didahului oleh Yang Berhormat Pehin seterusnya Tuan Yang Terutama yang kemudian diikuti oleh pegawai dan kakitangan KPSSU dan kedutaan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA