Tanam semangat patriotik dalam diri pelajar

Tanam semangat patriotik dalam diri pelajar

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong turut tidak ketinggalan menanamkan semangat patriotik dalam kalangan murid-muridnya dengan meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dalam majlis sambutan berlangsung di Dewan Sejahtera, sekolah berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu khas ialah mantan guru besar sekolah berkenaan, Haji Muhammad Nikman bin Haji Muhammad Isa.

Majlis sambutan dimeriahkan dengan persembahan koir, mendeklamasikan sajak, penyampaian hadiah pemenang pantun kemerdekaan dan penyampaian anugerah harapan bangsa. Majlis seumpamanya antara lain bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan rasa patriotik serta kesetiaan kepada negara.

Salah satu persembahan daripada murid-murid sekolah berkenaan.
Salah satu persembahan daripada murid-murid sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA