Tanam semangat patriotik

Tanam semangat patriotik

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Dalam usaha berterusan untuk menanamkan semangat patriotik dalam diri para pelajar, Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas (SROKBI) Subok, Kluster 4 mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 tahun di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Acara sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan doa Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Haji Saifullizan bin Haji Abdullah dan diteruskan dengan acara menaikkan bendera kebangsaan dan menyanyikan lagu ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Majlis sambutan diserikan dengan nyanyian lagu patriotik beramai-ramai dan perarakan guru dan murid sambil mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam mengelilingi kawasan sekolah.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh murid Rendah Atas, Awang Mohammad Ammar bin Shahminan.

Gambar ramai pelajar yang menyertai sambutan itu.
Gambar ramai pelajar yang menyertai sambutan itu.
Pelajar berarak sambil memegang bendera kebangsaan.
Pelajar berarak sambil memegang bendera kebangsaan.

Acara dimeriahkan lagi dengan aktiviti mewarna bagi murid Rendah Bawah, manakala bagi murid Rendah Atas, diarahkan untuk mencari nama tema Hari Kebangsaan bagi sepuluh tahun kebelakangan.

Acara pada hari itu juga diselang-selikan dengan kuiz kemerdekaan yang dibukakan untuk murid rendah bawah dan atas.

Acara sambutan diakhiri dengan guru-guru bergambar ramai dengan murid dengan membuat formasi berbentuk “HK32”.

ARTIKEL YANG SAMA