Tanam sifat kepimpinan

Tanam sifat kepimpinan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA), hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agong ke-12 yang berlangsung di Restoran Aneka Rasa, petang tadi.

Yang Di-Pertua POLSARA, Pengiran Dato Paduka Haji Salim bin Pengiran Haji Wahid semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya di awal mesyuarat menjelaskan bahawa POLSARA telah wujud 25 tahun yang lalu dan telah banyak mengharungi suka duka dan kesukaran namun sehingga hari ini POLSARA telah dianggotai oleh seramai 288 orang.

Menurut beliau, persatuan akan terus berusaha untuk menambah keahlian mereka serta akan mengadakan perjumpaan dan menyampaikan taklimat di daerah-daerah pada masa akan datang bermula pada tahun ini.

Beliau melahirkan harapan agar pegawai-pegawai kanan yang akan bersara nanti turut menyertai persatuan ini kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan serta sifat kepimpinan dan akan tentu dapat membantu persatuan ke arah kejayaan masa akan datang.

Pengiran Dato Paduka Haji Salim semasa menyampaikan ucapan.
Pengiran Dato Paduka Haji Salim semasa menyampaikan ucapan.
Penasihat POLSARA ketika ketika menyampaikan ucapan nasihat.
Penasihat POLSARA ketika ketika menyampaikan ucapan nasihat.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan ucapan nasihat daripada Penasihat POLSARA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pandikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan diteruskan dengan ucapan nasihat daripada Dato Paduka Sh Haji Alias bin Sh Ahmad.

Menurut Yang Dimuliakan Pehin Haji Hasrin perasaan khidmat bakti kepada negara bagi setiap ahli-ahli POLSARA akan sentiasa berterusan.

Mesyuarat petang tadi itu turut mendengarkan laporan daripada Setiausaha Agung POLSARA, Haji Abdul Ghani bin Haji Tengah dan Haji Meramit bin Haji Saban dan diteruskan lagi dengan laporan kewangan daripada Bendahari Agung POLSARA, Dato Paduka Haji Manan bin Osman serta perbincangan mengenai masalah-masalah yang berbangkit.

ARTIKEL YANG SAMA