Tanam sikap cintai Al-Quran

Tanam sikap cintai Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Sebagai amalan hidup beragama dalam setiap institusi keluarga, sebuah keluarga di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.

Seramai 12 orang cucu keluarga Arshah, iaitu Allahyarham Hajah Siti Armah dan Allahyarham Shahbudin diraikan di majlis itu. Menurut salah seorang ahli keluarga berkenaan, Awang Mawardi bin Shahbudin, antara tujuan mengadakan majlis berkenaan adalah sebagai menanamkan sikap mencintai dan mementingkan bacaan Al-Quran dalam kehidupan mereka sejak kecil lagi, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga.

Beliau berkata pembacaan Al-Quran ini perlu dididik sejak dari usia muda dan menyatakan harapan agar majlis seumpamanya akan diadakan lagi pada tahun yang akan datang.

Antara cucu keluarga Arshah baru-baru ini yang telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran di RPN Kampung Mentiri.
Antara cucu keluarga Arshah baru-baru ini yang telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran di RPN Kampung Mentiri.

Majlis turut diserikan dengan Dikir Syarafil Anam oleh guru-guru dan pelajar dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Mentiri.

Turut hadir di majlis itu ialah bekas ketua Kampung Pekan Lama, Pengiran Haji Halus bin Pengiran Haji Kadar yang juga merupakan nenda kepada beberapa orang yang ikut khatam.