Tanam sikap gaya hidup sihat

Tanam sikap gaya hidup sihat

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Bersempena dengan musim cuti penggal pertama persekolahan, Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC) julung-julung kalinya telah mengadakan Program Junior Boot Camp 2016 yang berlangsung di Dewan Indah dan Kolam Renang, RBRC, hari ini.

Program sehari yang berkonsepkan sukan ini diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti water polo, Tennis, dodgeball, bola keranjang, badminton, futsal dan zumba kanak-kanak.

Program ini juga bertujuan untuk menanam sikap gaya hidup sihat khususnya dalam kalangan kanak-kanak di usia muda lagi di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti sukan yang berfaedah agar mereka dapat melahirkan rasa minat dan meningkatkan lagi kemahiran yang ada.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut.

Selain itu, ia juga memberikan kanak-kanak peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kanak-kanak di sekolah yang lain.

Program tahun ini telah disertai 65 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan pelajar berusia tujuh sehingga 16 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA