Tanda ikon Ho...

Tanda ikon Hollywood berubah akibat pemugut

WASHINGTON – Terkenal dengan mercu tanda Hollywood di kawasan bukit di Los Angeles di mana ia telah menarik tumpuan orang ramai apabila seseorang cuba mengubah dua hurufnya dan menjadikannya ‘Hollyweed.’

Polis berkata, seseorang yang tidak dikenali telah memanjat dan menampal kain besar pada dua huruf ‘O’ untuk membuatnya kelihatan seperti ‘E,’ menurut laporan CBS affiliate KCAL.

Setiap huruf berukuran 45 kaki (13.7 meter) tinggi, jadi ia memerlukan seseorang yang tahan lasak untuk memanjatnya.

Tindakan berani mungkin telah diambil sempena langkah yang diluluskan pada bulan November lalu, apabila pengundi California meluluskan pindaan bagi membolehkan penggunaan ganja rekreasi.

Jurucakap polis berkata, kamera pengawasan boleh membantu mereka dalang disebalik pencerobahan itu; perbuatan tersebut termasuk dalam kes menceroboh.

Papan tanda Hollywood dirosakkan pada 1 Januari 2017. – AP
Papan tanda Hollywood dirosakkan pada 1 Januari 2017. – AP

Ia bukan kejadian pertama seumpamanya sejak papan tanda nama itu pertama kali didirikan pada tahun 1923 – pada masa itu sebagai ‘Hollywoodland’ – untuk mengiklankan pembangunan hartanah tempatan.

Mungkin secara kebetulan, perubahan huruf yang sama bagi tanda itu dibuat tepat 41 tahun lalu, apabila undang-undang California memberi penalti bagi penggunaan ganja yang dikuatkuasakannya.

Perbuatan itu ternyata dari seorang pelajar seni kolej, Danny Finegood.

Bersama-sama dengan rakan-rakan, beliau kemudian kembali ke papan tanda tersebut pada Easter Day 1976 dengan membuat perkataan ‘Holywood,’ dan mereka menukarnya lagi pada tahun 1990 dengan ‘Oil War’ bagi memprotes konflik di Teluk Parsi.

Perbuatan Finegood ini, yang dianggap satu tindakan ukiran alam sekitar, telah dilakukan bagi projek kelas seni, Los Angeles Times melaporkan.

Dengan menggunakan AS$50 kain dan tali, beliau dan tiga rakan-rakannya membuat perubahan nama itu – dan Finegood menerima ‘A’ daripada guru seni beliau.

Walaupun beliau telah memberi ilham keatas tindakannya itu, namun Finegood tidak boleh dipersalahkan untuk itu. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 semasa berusia 52 tahun.

Sebahagian besarnya adalah kerana hasil kerjanya, bagaimanapun, kini pegawai-pegawai Los Angeles telah meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar papan tanda tersebut dengan memasang pagar, penggera dan sistem pengawasan litar tertutup.

Ia tidak jelas bagaimana pelaku itu berjaya melalui penghadang keselamatan itu, tetapi Danny Finegood juga mungkin akan mengagumi kerja ‘pemugut’ itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA