Tanda ingatan buat raja disayangi

Tanda ingatan buat raja disayangi

Oleh Yusrin Junaidi, Lenna N.B dan Sim Y.H

Gambar oleh Lenna N.B.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Daerah Brunei dan Muara merupakan satu anugerah dan penghormatan yang amat besar ertinya kepada penduduk daerah ini.

Penduduk pula tidak melepaskan peluang untuk mempersembahkan Baginda beberapa pesambah khas untuk raja yang dikasihi sebagai ingatan sempena Ulang Tahun Baginda ke-69.

Sebanyak 15 pesambah dari persatuan, Majlis Perundingan Kampung dan syarikat swasta disembahkan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam majlis ramah mesra itu antaranya Syarikat Penerbangan Diraja Brunei mempersembahkan cetakan Majalah Muhibah Tailfin Crystal dan Buku Rencana Sejarah Pencapaian syarikat penerbangan itu. Ketua Perkhidmatan Korporat RB, Aji Putih bin Puteh menyembahkan pesambah itu kepada raja yang dihormati.

Pesambah daripada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei berbentuk Cetakan Majalah Muhibah, “Tailfin Crystal” dan Buku Rencana Sejarah Pencapaian Penerbangan Diraja Brunei.
Pesambah daripada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei berbentuk Cetakan Majalah Muhibah, “Tailfin Crystal” dan Buku Rencana Sejarah Pencapaian Penerbangan Diraja Brunei.
Pesambah model bot laju daripada Jawatankuasa Bot Laju.
Pesambah model bot laju daripada Jawatankuasa Bot Laju.
Pesambah daripada ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Daerah Brunei Muara.
Pesambah daripada ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Daerah Brunei Muara.

Manakala bagi salah satu sukan kegemaran Baginda Sultan, Pengerusi Jawatankuasa Bot Laju, Haji Mohd Yusof bin Mastan menyampaikan pesambah model bot laju dan perahu kayuh, menunjukkan taat setia mereka kepada Kebawah Duli yang Maha Mulia, apa lagi sukan perlumbaan bot laju dan perahu tradisi merupakan sukan turun temurun negara ini.

Bagi pesambah oleh Ahli Pengawasan Kejiranan Daerah Brunei dan Muara pula, logo pengawasan kejiranan dari mula ditubuhkan dan logo baru disembahkan oleh Pengerusi Pengawasan Kejiranan, ASP Haji Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman yang turut menekankan bahawa mereka kini mempunyai keahlian berdaftar seramai 707 dari 53 buah kampung.

ARTIKEL YANG SAMA