Tanda memperingati 50 tahun Yayasan Sabah

Tanda memperingati 50 tahun Yayasan Sabah

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Yayasan Sabah Ke-50.

Yayasan Sabah diasaskan oleh Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun pada 10 Mei 1966.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, matlamat utama penubuhan yayasan itu adalah untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi rakyat Sabah, terutamanya penduduk di kawasan luar bandar, melalui pelaksanaan pelbagai program pendidikan dan pembangunan ekonomi.

Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua spesifikasi, iaitu duit syiling peringatan perak berwarna (pruf) dan duit syiling peringatan emas Nordic.

ARTIKEL YANG SAMA