Tanda penghargaan perkhidmatan

Tanda penghargaan perkhidmatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, hari ini, berkenan memberikan jamuan tengah hari bagi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak bin Ag Salleh yang akan menamatkan perkhidmatannya dan isteri, Datin Dayang Maslauyah binti Pengiran Bagul.

Berangkat sama ke jamuan yang berlangsung di Balai Penghadapan Bukit Kayangan itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan Oktober 2013.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan beramah mesra bersama Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak dan isteri di jamuan berkenaan. - Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan beramah mesra bersama Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak dan isteri di jamuan berkenaan. – Infofoto
Suasana pada jamuan tengah hari yang berlangsung di Balai Penghadapan Bukit Kayangan. - Infofoto
Suasana pada jamuan tengah hari yang berlangsung di Balai Penghadapan Bukit Kayangan. – Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA