Tanda ‘SOS’ penyelamat mangsa terkandas

Tanda ‘SOS’ penyelamat mangsa terkandas

WELLINGTON, 28 Ogos – Dua orang yang terkandas selama seminggu di sebuah pulau di lautan Pasifik telah diselamatkan selepas pesawat pencarian terlihat mesej ‘SOS’ mereka di pesisiran pulau tersebut, Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata hari ini.

Pasangan itu yang memiliki “bekalan terhad dan tidak mempunyai peralatan kecemasan”, ditemui di sebuah pulau yang tidak dihuni di Micronesia oleh krew udara Tentera Laut Amerika Syarikat, yang menemui mereka di pantai itu, menurut kenyataan pengawal pantai.

Pasukan pencarian mengulas laporan bahawa seseorang di pulau itu telah menggunakan lampu suluh untuk menarik perhatian apabila mereka melihat anggota penyelamat, kata kenyataan itu.

Gambar fail pada 25 Ogos 2016 menunjukkan pasangan yang terdampar di pesisir pantai sebuah pulau membuat isyarat ‘SOS’ kepada anggota keselamatan pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat di sebuah pulau yang tidak didiami di Micronesia, Hawaii. - AP
Gambar fail pada 25 Ogos 2016 menunjukkan pasangan yang terdampar di pesisir pantai sebuah pulau membuat isyarat ‘SOS’ kepada anggota keselamatan pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat di sebuah pulau yang tidak didiami di Micronesia, Hawaii. – AP

“Operasi pencarian dan penyelamat bagi Linus dan Sabina Jack telah berjaya dilakukan,” Kedutaan AS di Kolonia, Micronesia, menulis di laman Facebook.

“Oleh kerana pulau itu berkemungkinan tidak didiami dan mengetahui (mereka) mempunyai lampu suluh dalam bot mereka, kami mengarahkan pesawat pencarian kami untuk menjelajahi pulau itu.” – AFP