Tanda syukur atas kejayaan penganjuran

Tanda syukur atas kejayaan penganjuran

KUALA BELAIT, 18 Jun – Sebagai tanda kesyukuran sempena selesainya Hari Keluarga Kebangsaan, Jawatankuasa Sambutan Hari Keluarga Zon 1 Daerah Belait, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Penghargaan kepada para penaja dan ahli-ahli jawatankuasa sambutan berkenaan bertempat di Kelab Rekreasi Liang, Lumut.

Ketua Kampung Lumut I, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad dalam ucapannya menyanjung tinggi sumbangan penaja-penaja yang datangnya dari jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta, persatuan, sekolah-sekolah dan juga kepada ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung di Zon 1.

Katanya, kejayaan penganjuran Hari Keluarga Kebangsaan adalah hasil usaha kesepaduan dan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat, sama ada dari segi kewangan dan juga buah fikiran serta tenaga yang disumbangkan termasuk dari segi kelengkapan.

Pada majlis tersebut, para penaja dan ahli jawatankuasa telah diberikan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman.

pg06_150619_d

pg06_150619_b

Haji Haris ketika menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para penaja dan ahli jawatankuasa.
Haji Haris ketika menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para penaja dan ahli jawatankuasa.
Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee dalam ucapannya, menyanjung tinggi sumbangan penaja-penaja.
Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee dalam ucapannya, menyanjung tinggi sumbangan penaja-penaja.

Turut hadir ialah penolong pegawai Daerah Belait, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, ketua-ketua rumah panjang di Zon 1 Daerah Belait, para pegawai kerajaan, wakil penaja serta ahli-ahli jawatankuasa Sambutan Hari Keluarga Zon 1 Daerah Belait.

Sambutan Hari Keluarga Peringkat Kebangsaan 2014 diadakan pada 3 Mei 2015 secara serentak di seluruh negara dan bagi Zon 1 Daerah Belait ia diadakan di Kelab Rekreasi Liang Lumut yang bertemakan ‘Keluarga Berwawasan Mejana Kecemerlangan’.

ARTIKEL YANG SAMA