Tanda syukur atas nikmatNya

Tanda syukur atas nikmatNya

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Sebanyak enam ekor kerbau dan seekor sapi telah ditumbangkan pada Majlis Ibadah Korban yang dikendalikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Hari Kebesaran Islam Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, hari ini.

Hadir menyerikan majlis yang berlangsung di pekarangan masjid itu ialah tetamu kehormat, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kesuma Diraja Kol (B) Haji Abd Rahman bin Mustapha.

Daging-daging korban tersebut telah diagih-agihkan kepada seramai 30 penerima asnaf fakir miskin.

Ia adalah kali kedua aktiviti seumpamanya diselenggarakan yang mana sebanyak lebih 500 bungkusan daging ibadah korban turut diagihkan kepada para jemaah yang hadir dan penduduk sekitar Kampung Madang dan Kampung Manggis.

Para jemaah masjid dan penduduk Kampung Manggis dan Madang yang sama-sama hadir memeriahkan Majlis Ibadah Korban.
Para jemaah masjid dan penduduk Kampung Manggis dan Madang yang sama-sama hadir memeriahkan Majlis Ibadah Korban.
Tetamu kehormat menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima.
Tetamu kehormat menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat fardu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh imam masjid berkenaan.

Ibadah korban merupakan ibadah sunat yang dituntut bagi meraikan Aidiladha dan ia mengandungi banyak hikmah antaranya sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala di atas nikmatNya, selain sebagai kafarah (penutup) dosa-dosa.

ARTIKEL YANG SAMA