Tandan pisang terpanjang

Tandan pisang terpanjang

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 6 Jan – Pohon pisang yang ditanam seorang warga emas, Dayang Norzina Rabaha, 79, dari Kampung Meritam di sini begitu unik dan luar biasa kerana memiliki tandan pisang terpanjang di daerah ini.

Pisang jenis belalai gajah itu mengeluarkan tandan panjangnya sekitar tiga meter yang hampir mencecah tanah.

Menurutnya, kelainan tandan pisang itu mulai disedarinya sejak tiga bulan lepas ketika melihat kebun pisangnya mengeluarkan buah yang terletak berhampiran rumahnya.

Pokok pisang belalai gajah yang memiliki tandan terpanjang ditanam Norzina di Kampung Meritam Limbang.
Pokok pisang belalai gajah yang memiliki tandan terpanjang ditanam Norzina di Kampung Meritam Limbang.

“Kejadian pokok pisang yang memiliki tandan terpanjang merupakan kejadian kali pertama berlaku dan sebelum ini pisang yang saya tanam mengeluarkan buah seperti biasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain tanaman pisang, Dayang Norzina yang mempunyai lebih 15 orang cucu termasuk di Brunei turut memiliki kebun tebu di kampung terbabit.