Tandatangan tahanan di penjara disahkan

Tandatangan tahanan di penjara disahkan

CARACAS, 13 Jun (Xinhua) – Menteri Perkhidmatan Penjara Venezuela, Iris Varela berkata semalam bahawa dia akan membuat aduan sah ke atas tandatangan tahanan dalam borang permohonan bagi referendum penyingkiran presiden.

Venezuela kini menyaksikan referendum penyingkiran yang dijana oleh pihak pembangkang tempatan ke atas Presiden Nicolas Maduro.

Bagaimanapun selepas mengaudit tandatangan-tandatangan yang dikemukakan oleh parti campuran pembangkang pada awal Mei, Majlis Pilihan raya Kebangsaan mendapati bahawa tandatangan 11,000 orang yang telah meninggal dunia dan 1,335 orang tahanan ada di dalam senarai itu, yang mana itu adalah jelas di luar aturan.

“Saya akan mengeluarkan tandatangan tahanan ini dari senarai dan saya sendiri akan membuat aduan sah dengan nama kementerian yang saya wakili,” Varela memberitahu media tempatan.

Merujuk kepada tandatangan tahanan, Varela berkata ‘mereka itu, ketika mereka menjalani hukuman, tidak boleh menyertai proses pengumpulan tandatangan bagi referendum secara fizikal mahupun dari segi undang-undang.”

Dia meyakinkan bahawa ketika proses mengesahkan lebih 2 juta tandatangan, yang mana itu adalah bahagian fasa pertama proses referendum itu, yang mana beberapa saksi dilantik oleh pihak pembangkang.

Di negara Amerika Latin, untuk memulakan referendum perlukan tandatangan dari 1 peratus pengundi.

Penyingkiran presiden pernah diadakan di Venezuela pada tahun 2004 apabila parlimen mengundi untuk menentukan sama ada untuk menyingkirkan Presiden Hugo Chavez (1999-2013) dari jawatannya. Chavez bertahan dari cubaan penyingkiran itu apabila 59.1 peratus mengundi memihaknya.