Tandatangani buku takziah

Tandatangani buku takziah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, bagi mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menandatangani buku takziah bagi mendiang bekas Presiden Republik Singapura, S.R. Nathan, di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Negara Brunei Darussalam, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Ketibaan Yang Berhormat Pehin dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Lim Hong Huai.

Lim dalam temu bual bersama pihak media selepas penandatanganan itu, menyatakan penghargaan kehadapan majlis Baginda Sultan atas perutusan takziah atas pemergian mendiang bekas Presiden Singapura.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua perwakilan negara-negara sahabat, warga Singapura serta rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam atas ucapan takziah yang diterima bagi mendiang bekas Presiden Singapura berkenaan.

Yang Berhormat Pehin menandatangani buku takziah bagi mendiang bekas Presiden Republik Singapura, S.R. Nathan.
Yang Berhormat Pehin menandatangani buku takziah bagi mendiang bekas Presiden Republik Singapura, S.R. Nathan.

Beliau berkata bahawa mendiang mempunyai ramai kenalan bukan sahaja di Singapura tetapi di negara-negara ASEAN termasuk di Negara Brunei Darussalam.

Ia adalah kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa kepada mengeratkan hubungan persahabatan serta silaturahim di antara kedua-dua buah negara amat dirasai.

Mengulas lanjut mengenai jasa mendiang, Lim berkata bahawa mendiang merupakan seorang pemimpin yang bekerja keras bagi membangunkan dan memajukan negara serta turut amat prihatin dengan kebajikan rakyat Singapura.

Oleh itu, dengan pemergian mendiang, ia merupakan satu kehilangan yang dapat dirasai bersama bukan sahaja oleh rakyat dan penduduk Singapura tetapi juga rakan-rakan di negara-negara ASEAN termasuk rakan-rakan mendiang di Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA