Tangan palsu Lego menangi hadiah utama

Tangan palsu Lego menangi hadiah utama

PARIS, 11 Feb – Tangan palsu yang diperbuat daripada Lego yang boleh diubahsuai oleh kanak-kanak kurang upaya mengikut keperluan mereka sendiri telah memenangi hadiah utama pada forum Netexplo bagi teknologi digital di Paris semalam.

IKO Creative Prosthetic System, yang dicipta oleh pereka dari Colombia, Carlos Torres, serasi dengan bahagian-bahagian Lego dan boleh dibuat mengikut keperluan dengan pelbagai bentuk, warna dan aksesori.

“Torres mahu membantu kanak-kanak yang mengalami tangan yang cacat atau tercedera merasa kurang tersisih dengan membuatkan ketidakupayaan mereka kurang membebankan atau kurang stigma,” menurut penganjur acara itu.

“Selain daripada teknologi, imaginasi boleh membantu kanak-kanak mengatasi kecacatan mereka.”

Pemenang dipilih berdasarkan penyertaan dari seluruh dunia, termasuklah aplikasi telefon bimbit yang boleh menterjemah 11 bahasa rasmi Afrika Selatan dan robot Jepun yang mendapat gred cukup bagus dalam peperiksaan sekolah untuk memasuki Universiti di Tokyo.

Ciptaan tangan palsu berdasarkan Lego yang telah memenangi hadiah utama di Paris.
Ciptaan tangan palsu berdasarkan Lego yang telah memenangi hadiah utama di Paris.

Forum Netexplo, yang diadakan oleh balai pencerapan yang mempunyai sama nama buat tahun kesembilan, menerokai pembaharuan dalam teknologi digital melalui rangkaian 20 buah universiti yang tersebar di seluruh 15 negara.

Pengasas bersama forum ini, Thierry Happe berkata Pencerapan Netexplo telah mengenal pasti kira-kira 2,175 ciptaan digital tahun ini.

“10 pencalonan menunjukkan trend menyeluruh yang mana disebabkan digital teknologi telah di luar batasan membesarkan lapangan kemungkinan,” ujarnya. – AFP