Tangan pembantu rumah ditetak, India kemuka bantahan

Tangan pembantu rumah ditetak, India kemuka bantahan

NEW DELHI, 9 Okt (AFP) – India mengatakan hari ini ia telah mengemukakan satu bantahan dengan pihak berkuasa di Riyadh selepas seorang pembantu rumah dari Tamil Nadu dipercayai telah dipenggal tangannya oleh majikan Arab Saudi selepas dia mengadu tentang keadaan kerjanya. Menteri luar negeri India mengesali serangan ‘kejam’ ke atas Kasthuri Munirathinam berusia 55 tahun, yang kini dirawat di sebuah hospital di Riyadh, dan yang muncul beberapa minggu selepas seorang diplomat Saudi berpangkalan di New Delhi melarikan diri dari negara itu atas tuduhan rogol.

“Menetak tangan seorang wanita India – kami sesungguhnya sangat terganggu berhubungan perbuatan kejam yang mana wanita berkenaan sedang dirawat di Arab Saudi,” Sushma Swaraj mengatakan dalam Twitter. Seorang jurucakap bagi kementerian luar negeri mengesahkan diplomat India di Riyadh telah mengemukakan aduan rasmi kepada kementerian luar negeri Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA