Tangani masalah buli secara positif – Yahya

Tangani masalah buli secara positif – Yahya

PUTATAN, 8 Sept – Masalah buli di sekolah perlu ditangani secara positif bagi mengelak kejadian seumpama itu yang berlaku di sebuah sekolah agama di Putatan baru-baru ini, daripada berulang, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin. Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata semua pihak harus berganding bahu dan berusaha membendung masalah itu agar ia tidak berlaku di mana-mana sekolah pada masa akan datang.

“Perkara ini (buli) satu insiden yang benar-benar menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku terutama di sekolah agama,” katanya selepas menyaksikan raptai sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri dan ‘Road to Maha’, di sini hari ini.

Yahya berkata demikian mengulas kejadian buli dalam klip video berdurasi 28 saat di Putatan, yang dirakam menerusi telefon bimbit, menunjukkan aksi seorang murid lelaki lengkap berpakaian seragam sekolah agama membelasah mangsa di dalam sebuah bilik darjah.

Katanya kejadian buli di sekolah tidak sepatutnya berlaku kerana sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu dan membentuk disiplin pelajar supaya menjadi modal insan berguna. – Bernama

Datuk Seri Yahya Hussin mengagihkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada pemandu di Putatan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Yahya berkata masalah buli di sekolah perlu ditangani secara positif bagi mengelak kejadian seumpamanya berlaku di sebuah ugama di Putatan baru-baru ini - Bernama
Datuk Seri Yahya Hussin mengagihkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada pemandu di Putatan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Yahya berkata masalah buli di sekolah perlu ditangani secara positif bagi mengelak kejadian seumpamanya berlaku di sebuah ugama di Putatan baru-baru ini – Bernama