Tangani perubahan iklim

Tangani perubahan iklim

SINGAPURA, 11 Julai – Singapura akan membina terminal baru lapangan terbangnya lebih tinggi daripada yang lain di bandar itu dan telah membina tembok laut di sepanjang persisiran pantainya dalam langkah untuk menangani perubahan iklim.

Lapangan Terbang Changi mencadangkan satu terminal kelima akan dibina dengan ketinggian 5.5 meter (18 kaki) di atas paras laut, menurut kerajaan dalam laporan perubahan iklim yang dikeluarkan pada hujung minggu lepas.

Dari 2011, pihak kerajaan memerlukan semua tanah yang ditebus semula untuk sekurang-kurang empat meter tinggi daripada paras laut yang sedia ada, meningkat daripada tiga meter sebelumnya, dan jalan-jalan berdekatan kawasan-kawasan persisiran telah dinaikkan.

“Kami terdedah dengan kesan-kesan perubahan dan kepelbagaian iklim,” menurut laporan itu, menyatakan bahawa Singapura adalah pulau tropika berkawasan rendah.

“Perubahan iklim boleh memberikan cabaran sukar tatkala Lapangan Terbang Changi berdepan risiko-risiko banjir daripada jumlah hujan turun yang lebat dan meningkatnya paras laut,” menurut laporan itu.

Ia juga memperincikan langkah-langkah lain yang kerajaan ambil untuk menangani perubahan iklim, termasuk melindungi 70 peratus daripada persisiran pantai dengan tembok laut dan cerun batu untuk mencegah hakisan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA