Tangguh hantar pulang warga Haiti

Tangguh hantar pulang warga Haiti

BANDAR MEXICO, 12 Okt – Kemusnahan Haiti akibat puting beliung telah mengakibatkan kerajaan AS untuk sementara waktu menangguhkan keputusannya baru-baru ini untuk menyambung semula penghantaran pulang warga Haiti yang tidak memiliki dokumen, menurut Setiausaha Keselamatan Dalam Negara AS Jeh Johnson semalam.

AS berhenti menghantar pulang warga Haiti ke negara mereka ketika langkah kemanusiaan ekoran gempa bumi tahun 2010 yang mengorbankan 220,000 di negara Caribbean itu.

Tetapi selepas beribu-ribu orang mula tiba di sempadan AS-Mexico dalam beberapa bulan kebelakangan, Johnson mengumumkan bulan lalu bahawa rakyat Haiti akan sekali lagi dilayan seperti penghijrah lain yang memasuki AS secara tidak sah.

Bercakap di Bandar Mexico selepas rundingan imigresen dan keselamatan dengan para menteri, Johnson berkata dia menangguhkan keputusan untuk menghantar pulang warga Haiti disebabkan Puting Beliung Matthew, yang membunuh beratus-ratus minggu lalu.

“Kita akan terpaksa menangani situasi ini, bersimpati kepada kepayahan rakyat Haiti ekoran puting beliung,” menurut Johnson.

Jeh Charles Johnson ketika bercakap semasa sidang media bersama Setiausaha Luar Negeri Mexico, Claudia Ruiz, di Mexico City pada 11 Oktober. – AFP
Jeh Charles Johnson ketika bercakap semasa sidang media bersama Setiausaha Luar Negeri Mexico, Claudia Ruiz, di Mexico City pada 11 Oktober. – AFP

“Tetapi selepas situasi itu, kami berhasrat menyambung semula perubahan dasar itu,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri luar dan dalam negara Mexico.

Ramai warga Haiti berhimpun di bandar sempadan Tijuana, menyeberang dari San Diego, California, mengatasi pihak berkuasa imigresen, dan tempat perlindungan ketika mereka cuba memasuki AS.

Ramai telah tiba dari Brazil, tempat mereka telah berpindah dan bekerja dalam projek-projek bagi Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik tahun ini. tetapi mereka memutuskan untuk berpindah ke AS selepas ekonomi negara Amerika Selatan itu mengalami kejatuhan teruk.

Perjalanan berbahaya warga-warga Haiti menyeberangi lapan negara mengambil masa tiga bulan pada kos purata AS$3,000 setiap seorang. – AFP