Tangguh kerjasama UNESCO

Tangguh kerjasama UNESCO

BAITULMUQADDIS, 14 Okt – Israel gantung sementara kerjasama dengan UNESCO hari ini selepas organisasi kebudayaan PBB mengadaptasi dua resolusi ke atas wilayah Palestin yang diduduki termasuk timur Baitulmuqaddis yang diilhakkan menjelang undian terakhir minggu depan.

Dalam satu surat yang dihantar ke Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova, Menteri Pendidikan, Naftali Bennett menuduh badan itu tidak mempedulikan ‘ribuan tahun hubungan Yahudi dengan Baitulmuqaddis’ dan bantuan menentang ‘pengganas Islamis’.

“Saya telah memberitahu Suruhanjaya Kebangsaan Israel bagi UNESCO untuk menangguhkan semua kegiatan profesional dengan organisasi antarabangsa,” katanya.

Bokova menjarakkan dirinya daripada resolusi itu dalam satu kenyataan, yang mengatakan ‘tiada lagi ada tempat selain di Baitulmuqaddis yang warisan dan tradisi Yahudi, Kristian dan Muslim berkongsi ruang’.

Pemandangan umum yang diambil pada 13 Oktober, menunjukkan Dome of Rock (Kubah Batu) di kawasan Masjid Al-Aqsa, tapak warisan UNESCO, di Bandar Lama, Baitulmuqaddis. – AFP
Pemandangan umum yang diambil pada 13 Oktober, menunjukkan Dome of Rock (Kubah Batu) di kawasan Masjid Al-Aqsa, tapak warisan UNESCO, di Bandar Lama, Baitulmuqaddis. – AFP

Resolusi yang diadaptasi pada peringkat komiti pada Khamis itu merujuk kepada ‘Palestin Yang Diduduki’ dan perlunya ‘untuk mengawal warisan kebudayaan rakyat Palestin dan karakter tersendiri timur Baitulmuqaddis’.

Mereka merujuk kepada kawasan masjid Al-Aqsa di Bandar Lama timur Baitulmuqaddis – tapak suci ketiga Islam – tanpa sebarang rujuk ke tapak itu juga dianggap oleh penganut Yahudi sebagai Temple Mount.

Pada Khamis, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengadu yang mengatakan “Israel tiada mempunyai kaitan dengan Temple Mount dan Tembok Barat yang seperti China katakan tiada hubungan dengan Great Wall of China atau Mesir tiada hubungan dengan piramid.”

Bokova tidak menyatakan secara umum resolusi dalam kenyataannya itu namun merujuk kepada Temple Mount. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA