Tangguh sekatan baru ke atas Iran-Rumah Putih

Tangguh sekatan baru ke atas Iran-Rumah Putih

WASHINGTON, 1 Jan (Reuters) – Rumah Putih menangguhkan rancangan untuk mengenakan sekatan baru ke atas Iran berhubung program peluru berpandu balistik, menurut laporan berita AS semalam, di tengah kebimbangan ia boleh menjejaskan perjanjian nuklear yang baru dimeterai dengan Tehran.

Wall Street Journal(WSJ), memetik pegawai-pegawai AS yang tidak didedahkan nama mereka sebagai berkata bahawa sekatan kewangan yang sedang dibentuk oleh Jabatan Perbendaharaan AS masih dibincangkan, selepas keputusan itu menangguhkannya.

Pada satu tahap ia dijadualkan diumumkan pada hari Rabu di Washington, lapor akhbar itu lagi, dengan merujuk kepada pemakluman yang dihantar Rumah Putih kepada Kongres.

Para pegawai tidak memberikan jadual pasti tentang bila sekatan akan dikenakan, menurutnya.

WSJ pada Rabu lalu melaporkan bahawa AS sedang mempersiapkan sekatan baru ke atas syarikat-syarikat dan individual di Iran, Hong Kong dan Emiriah Arab Bersatu berhubung dakwaan kaitan dengan program peluru berpandu balistik Tehran.

Langkah seumpama itu oleh Jabatan Perbendaharaan boleh menjadi halangan besar pada pelaksanaan perjanjian nuklear, apa lagi ketahanannya, dan disertai dengan hubungan Tehran dan Washington yang bertambah buruk sekali lagi.

Itu adalah sekatan pertama Amerika ke atas Iran sejak Tehran menandatangani perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa dunia pada Julai yang akhirnya akan menyaksikan Washington mengenakan sekatan berasingan yang mensasarkan program itu.

Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata dalam satu kenyataan kepada AFP ‘kami sedang menilai pilihan-pilihan bagi tindakan tambahan berkaitan program peluru berpandu balistik Iran.

‘Kami sedang menimbangkan pelbagai aspek berkaitan penetapan tambahan, dan juga mengembangkan tugas diplomatik yang konsisten dengan kepentingan keselamatan negara kami.’