Tangkap gambar dari udara

Tangkap gambar dari udara

WEDEL, Jerman, 13 Dis (dpa) – Untuk merakam gambar dari udara merupakan impian kebanyakan jurugambar dan penerbit filem. Bukan mudah untuk penggemar mencapainya sehingga sekarang, semuanya kerana dron kawalan jauh.

Dron yang dikenali sebagai quadro- atau hexacopter membenarkan orang tanpa pengalaman terbang untuk menangkap gambar dari udara.

“Untuk orang baru, disarankan sebuah kopter lengkap dengan kamera terbina dalam,” kata jurugambar Ralf Spoerer, yang juga melatih juruterbang dron. Kopter RTF ini menawarkan kemasukan tidak rumit ke dalam fotografi udara dan videografi.”

RTF adalah singkatan untuk “bersedia untuk terbang.” Kebanyakannya hanya memerlukan pemasangan kipas dan memasukkan bateri sebelum mereka bersedia untuk terbang.

Joachim Sauer daripada majalah Jerman Videoaktiv juga melihat dron dengan kamera bersepadu sebagai satu pelaburan yang baik untuk orang baru, “lebih-lebih lagi sejak kualiti imej adalah tinggi dan kemungkinan mengawal kamera ketika penerbangan adalah lebih senang.”

Dron sering dicipta untuk membawa cam aksi sebagai muatan, kata Sauer.

“Kamera kini dipasang secara eksklusif di gimbal,” kata Spoerer. Ia adalah pelekap penstabil elektronik yang mengganti mana-mana pergerakan kopter dan dengan itu mengekal imej pegun sepanjang masa.

Spoerer menasihati mereka yang mahu memasang sistem foto udara mereka sendiri yang lebih canggih boleh mendapatkan kualiti tambahan untuk memilih kamera ‘sistem’ yang ringan tetapi boleh diperoleh dengan kanta berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, mereka harus sedar menerbangkan dron dengan kamera sistem atau kamera refleks satu kanta yang lebih berat memerlukan kepakaran teknikal dan keupayaan secara langsung.

“Dron dengan kamera yang boleh ditanggalkan dan berat hanya menarik minat pengguna separa profesional dan profesional,” menurut Sauer. Dron berkenaan juga lebih mahal berbanding model peringkat permulaan.

Mengawal dron dan memindahkan imej langsung dilakukan oleh signal digital atau analog. Kedua-dua kaedah itu biasanya ditemui dalam dron RTF dan jenis yang lebih canggih.

“Transmisi digital mempunyai kelebihan kualiti imej lebih bagus dan jarak yang luas,” kata Spoerer.