Tangkap ikan terberat

Tangkap ikan terberat

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Awang Amir Fakri dari Kampung Perpindahan Mata-Mata berjaya menewaskan 16 peserta lain apabila memperoleh ikan pari seberat 1.50 kilogram dalam pertandingan ‘Fishing Amito’ yang diadakan baru-baru ini.

Tempat kedua pula dimenangi Awang Zahrin yang memperoleh ikan sembilang seberat 0.50 kilogram diikuti Dayang Shikin di tempat ketiga dengan ikan tuka seberat 0.47 kilogram.

Pertandingan yang berlangsung di Taman Rekreasi Persiaran Anduki, Seria itu bertujuan untuk mengeratkan persahabatan sesama peserta, berkongsi pengalaman dan mengisi masa lapang.

Awang Amir Fakri dengan ikan pari seberat 1.50 kilogram.
Awang Amir Fakri dengan ikan pari seberat 1.50 kilogram.

ARTIKEL YANG SAMA