Tangkapan pari 34kg juarai pertandingan pancing

Tangkapan pari 34kg juarai pertandingan pancing

LABUAN, 1 Mei (Bernama) – Seorang pemancing Labuan muncul sebagai juara dalam Pertandingan Memancing Pulau Ke Pulau Antarabangsa dengan tangkapan pari seberat 34 kilogram dan mendominasi 21 peratus daripada keseluruhan tangkapan seberat 161.05 kilogram.

Musa Bariong, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Perbadanan Labuan, juga memenangi tempat ketiga dan kelima dengan tangkapan seberat 7.25 kilogram dan 3.05 kilogram. Jumlah tangkapan seberat 44.3 kilogram juga membolehkan beliau memenangi kategori kumpulan dan meraih hadiah berjumlah RM7,500.

Pertandingan itu, yang merupakan sebahagian daripada acara Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC), disertai 156 pemancing dari seluruh Malaysia serta Filipina (lima) dan Brunei (lapan).

Salah seorang peserta Pertandingan Memancing Pulau Ke Pulau Antarabangsa menarik tangkapannya di perairan Labuan Sabtu lalu. - Bernama
Salah seorang peserta Pertandingan Memancing Pulau Ke Pulau Antarabangsa menarik tangkapannya di perairan Labuan Sabtu lalu. – Bernama

Pengurus Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) Labuan Nor Hidayah Mohd Nor berkata LISC tahun ini dianggap berjaya apabila sejumlah 1,000pemancing mengambil bahagian dalam pelbagia acara, termasuk empat acara antarabangsa iaitu Cabaran Berenang Merentasi Selat 5.4 kilometer, Cabaran Kayak Mengelilingi Pulau, Pertandingan Memancing Pulau Ke Pulau dan Pertandingan Tarik Tali Bot.

Acara tahunan anjuran Perbadnan Labuan ini mendapat sokongan daripada MTPB, PejabatKementerian Pelancongan dan Kebudayaan Labuan, Labuan Surf Cast Group, Majlis Sukan Labuan, Majlis Belia Labuan dan Persatuan Kanu Labuan.