Tangkapan pembantah Dallas semakin ramai

Tangkapan pembantah Dallas semakin ramai

DALLAS, 11 Julai – Lelaki bersenjata Dallas telah merancang satu serangan bom besar, kata pihak berkuasa dengan menggesa agar bertenang ketika beratus-ratus orang pembantah telah ditangkap dalam bantahan hujung minggu di bandar-bandar Amerika Syarikat (AS) berhubung keganasan polis ke atas orang Afrika-Amerika.

Penunjuk perasaan berarak menuntut keadilan bagi dua lelaki kulit hitam yang ditembak mati oleh polis di Minnesota dan Louisiana, yang saat-saat kematian mereka dirakam dalam video telah disebarkan dalam talian.

Perarakan aman menarik sejumlah besar khalayak ramai di bandar-bandar besar AS, namun tidak menjadi terkawal di St. Paul, Minnesota dan Baton Rouge, Louisiana, tempat polis membunuh dua lelaki tersebut.

Puluhan orang telah ditangkap di kedua-dua buah bandar pada Sabtu dan Ahad.

Demo itu muncul beberapa hari selepas askar perang veteran Afghan berkulit hitam, Micah Johnson, 25, menggunakan raifal berkuasa tinggi untuk membunuh lima para pegawai polis dan mencederakan tujuh dalam serangan hendap semasa bantahan di Dallas, Texas lewat Khamis.

Johnson berkata sebelum dia dibunuh, dia ingin membunuh polis berkulit putih sebagai balas dendam atas kematian orang kulit hitam.

Berusaha untuk memulihkan ketenangan, Presiden Barack Obama, dijadualkan akan bercakap di Dallas di perkhidmatan memorial pada Selasa, memberi amaran para pembantah daripada menuduh semua polis sebagai berat sebelah berdasarkan kaum. – AFP