Tanpa Neymar Brazil tewaskan Venezuela

Tanpa Neymar Brazil tewaskan Venezuela

SANTIAGO, 22 Jun (AFP) – Tanpa aksi Neymar, Brazil menewaskan Venezuela 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sekali gus melangkah ke suku akhir Copa America, awal pagi tadi.

Brazil memulakan langkah kanan apabila Thiago Silva meledak jaringan keawal mnit ke-9 selepas mendapat bola tendangan sudut Robinho yang menggantikan Neymar.

Roberto Firmino menambah jaringan Brazil pada minit ke-5 apabila mendapat bola lintang hantaran Willian.

Venezuale bagaimanapun cuba menggandakan asakan dalam baki 20 minit perlawanan dan hasilnya memperoleh gol menerusi Miku pada minit ke-84.

Kekalahan itu menyaksikan Venezuela terkeluar daripada saingan Kumpulan C. Bintang Barcelona, Neymar dikenakan larangan bermain empat perlawanan selepas skuad itu kalah 0-1 kepada Colombia, Rabu lalu.

Marah kerana kekalahan itu, Neymar menendang bola ke arah pemain Colombia serta cuba melagakan kepada ke seorang lagi pemain lawan. CONMEBOL, badan yang menguruskan bola sepak di Amerika Selatan berkata, laporan daripada pengadil perlawanan menunjukkan Neymar juga menghina pengadil selepas perlawanan serta menarik badan pengadil menggunakan tangannya.

ARTIKEL YANG SAMA