TAP adakan Jerayawara Menyusur Kampung

TAP adakan Jerayawara Menyusur Kampung

KUALA BELAIT, 18 Okt – Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait hari ini mengadakan jerayawara Menyusur Kampung di Daerah Belait yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Mahu, Bukit Sawat.

Jerayawara itu bertujuan memberigakan Skim Pencen Caruman Tambahan (SCP) kepada pekerja-pekerja yang bekerja sendiri di kawasan itu.

Hadir pada jerayawara itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib. Ia turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Urusan TAP, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung serta pegawai-pegawai Jabatan Daerah Belait dan TAP serta penduduk di sekitarnya.

Jerayawara diisikan dengan sesi penerangan skim SCP disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat TAP, Dayang Sri Nazrina binti Haji Johari yang menerangkan bahawa mereka yang bekerja sendiri seperti nelayan, penternak, pekebun, penjaja di gerai-gerai, peniaga online, pekerja sambilan dan sebagainya boleh menyimpan dalam skim SCP secara sukarela.

Orang ramai yang datang memberikan sepenuh perhatian ketika taklimat disampaikan di jerayawara tersebut.
Orang ramai yang datang memberikan sepenuh perhatian ketika taklimat disampaikan di jerayawara tersebut.
Dayang Sri Nazrina ketika memberikan taklimat pada jerayawara tersebut.
Dayang Sri Nazrina ketika memberikan taklimat pada jerayawara tersebut.
Orang ramai bertanyakan dengan lebih lanjut kepada pihak TAP ketika jerayawara itu berlangsung.
Orang ramai bertanyakan dengan lebih lanjut kepada pihak TAP ketika jerayawara itu berlangsung.

Beliau turut menerangkan mengenai manfaat lain skim itu, antaranya kebeterusan (survivorship) jika ahli meninggal dunia sebelum usia 60 tahun, balu dan anak-anak di bawah usia 21 tahun akan menerima pembayaran bulanan berjumlah $400 secara terkumpul untuk jangka masa 15 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA