TAP anjur majlis kesyukuran sempena ulang tahun penubuhan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25 tahun, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Sunat Hajat di Masjid Omar Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.

Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga TAP, ahli-ahli Panel Pelaburan, Komiti Audit, para pegawai serta kakitangan TAP.

Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, membaca Surah Yasin dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran beramai-ramai.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bersama ahli-ahli Lembaga TAP, Panel Pelaburan, Komiti Audit dan pegawai serta kakitangan TAP semasa membaca Surah Yasin di majlis kesyukuran tersebut.