TAP buat lawatan mengejut

TAP buat lawatan mengejut

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Dalam memastikan pekerja-pekerja tempatan didaftarkan dan dicarumkan dalam Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan SCP, TAP melalui Jabatan Penguatkuasaannya telah meneruskan siri lawatan mengejut ke premis-premis perniagaan di sekitar kawasan Mukim Labi, Kuala Belait, hari ini.

Daripada 12 buah premis majikan yang dilawati, seorang pekerja telah didapati belum berdaftar dengan Skim TAP dan SCP.

Majikan yang gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan juga telah diarahkan untuk membuat perjumpaan ke pejabat TAP bagi tindakan lanjut seperti proses pendaftaran pekerja serta proses pembayaran caruman yang tertunggak.

TAP, dalam kenyataannya, turut memaklumkan bahawa pekerja yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap negara ini wajib didaftarkan ke TAP dan dicarumkan ke dalam Skim TAP dan SCP setiap bulan.

Aduan boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.

ARTIKEL YANG SAMA