TAP imarah Ramadan dengan Khatam Al-Quran

TAP imarah Ramadan dengan Khatam Al-Quran

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Bersempena dengan bulan Ramadan, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Bertahlil yang berlangsung di Surau Kementerian Kewangan, Bangunan Kementerian Kewangan, hari ini.

Hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah, ahli-ahli lembaga pengarah dan pegawai serta kakitangan TAP.

Acara itu merupakan kegiatan tahunan sempena bulan Ramadan yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan dan Sukan TAP (BKSTAP).

Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah khatam dan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Awang Khairul Ariffin bin Haji Yusop dari Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

Acara juga diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

Yang Berhormat Pehin ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Bertahlil yang berlangsung di surau Kementerian Kewangan, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Bertahlil yang berlangsung di surau Kementerian Kewangan, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA