TAP mudahkan proses e-Amanah kepada majikan

TAP mudahkan proses e-Amanah kepada majikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini telah menyertai Jerayawara Ease of Doing Business anjuran Kementerian Kewangan di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, bagi memberigakan mengenai penggunaan portal online TAP, e-Amanah dengan memfokuskan kecepatan dan keselamatan kepada majikan dalam membuat pendaftaran dan pembayaran caruman TAP dan SCP.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, TAP akan mempraktikkan penggunaan e-Amanah secara penuh bagi pendaftaran dan pembayaran caruman TAP dan SCP.

Dalam hal ini, majikan dikehendaki untuk menggunakan perkhidmatan online e-Amanah bagi proses berkenaan.

Bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran dan pembayaran menggunakan e-Amanah, TAP sudah pun menyediakan Amanah Pitstop di setiap cawangannya.

Majikan boleh mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar penggunaan e-Amanah secara langsung melalui pegawai-pegawai TAP di Pitstop yang disediakan.

Pegawai dan kakitangan TAP semasa menyertai Jerayawara Ease of Doing Business anjuran Kementerian Kewangan.
Pegawai dan kakitangan TAP semasa menyertai Jerayawara Ease of Doing Business anjuran Kementerian Kewangan.

pg04_160915_f

Pembayaran dan pendaftaran secara online juga boleh dibuat di Pitstop berkenaan dengan membawa ID pengguna dan kata laluan bagi akaun e-Amanah mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, selain Pitstop, TAP juga akan mengadakan bengkel-bengkel e-Amanah kepada majikan bagi memberikan tunjuk ajar yang lebih spesifik. Antara lain, bengkel ini akan memberikan tunjuk ajar secara praktikal cara-cara membuat pembayaran menggunakan e-Amanah dan kaedah-kaedah yang disyorkan TAP iaitu melalui Mesin Deposit Cek (CQM), aplikasi perbankan mudah alih, kemudahan perbankan online dan pemindahan wang. Majikan boleh menghubungi TAP bagi menghadiri bengkel-bengkel ini.

Dalam pada itu, TAP juga memaklumkan bahawa e-Amanah Pitstop juga akan dibuka selama tiga hari di Tingkat 1, The Mall, Gadong, bermula 16 hingga 18 September ini.

Mana-mana majikan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan e-Amanah, termasuklah jadual-jadual bengkel e-Amanah, khususnya persiapan penggunaan sepenuhnya pada 1 November ini, bolehlah menghubungi talian hotline e-Amanah di 2382929 sambungan 711/714/741/742 semasa waktu bekerja.

ARTIKEL YANG SAMA