TAP pindah tempat

TAP pindah tempat

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa Ibu Pejabat TAP akan berpindah dari Tingkat 1, Island Block, Bangunan Kementerian Kewangan ke Unit 4, Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Jalan Kianggeh bermula 29 Februari ini.

Sehubungan itu, orang ramai, khususnya ahli dan majikan, yang lazimnya berurusan di Ibu Pejabat TAP bolehlah mengunjungi lokasi baru berkenaan bermula tarikh tersebut.

Selain itu, TAP dalam kenyataannya juga menyatakan, orang ramai masih boleh mengunjungi cawangan TAP di Bangunan Yayasan, cawangan Tutong di Petani Mall, cawangan Kuala Belait di Jalan Jaya Negara, dan cawangan Temburong di Bangunan Kompleks Bumi Bumiputra.

Waktu urusan bagi kesemua cawangan berkenaan adalah dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang, manakala itu, Ibu Pejabat TAP di Bangunan PGGMB juga akan dibuka setiap Jumaat dari jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 2:30 petang hingga 3:30 petang.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pusat panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja.

ARTIKEL YANG SAMA