TAP tutup caw...

TAP tutup cawangan di Kompleks Yayasan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa cawangan TAP bertempat di Unit 1.26(A), Tingkat 1, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, telah ditutup secara kekal bermula Februari 2017.

Orang ramai, khususnya ahli dan majikan, yang lazimnya berurusan di cawangan berkenaan bolehlah mengunjungi Ibu Pejabat TAP bertempat di Unit 4, Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Jalan Kianggeh, di sini.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi cawangan-cawangan TAP di Daerah Tutong, yang terletak di Unit 11GF, Petani Mall; atau di Daerah Belait yang terletak di Tingkat Bawah, Blok A, Bangunan Pg. Haji Ali Bersaudara, Jalan Jaya Negara, Kampung Pandan atau di Daerah Temburong yang terletak di Ruang Kedai A4, Tingkat Bawah, Bangunan Baru Kompleks Perniagaan Bumiputra, Pekan Bangar.

Manakala, bagi majikan dan ahli yang telah berdaftar ke e-Amanah, bolehlah membuat urusan bersama TAP secara online dengan mendaftar masuk ke akaun masing-masing melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn.