TAP umum dividen 1 peratus

TAP umum dividen 1 peratus

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa dividen simpanan TAP dan SCP untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 adalah pada kadar satu peratus.

Dengan kadar tersebut, sebanyak $22,284,492.05 telah pun dimasukkan ke dalam 138,574 akaun ahli TAP dan $7,418,479.95 telah dimasukkan ke dalam 128,771 akaun ahli SCP bagi tahun kewangan 2014/15, kata TAP dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut TAP, dividen tahun kewangan 2014/15 itu telah dikreditkan ke dalam akaun setiap ahli dan Penyata Kira-Kira Ahli akan dihantar melalui pos.

Bagaimanapun, ahlinya juga boleh mendapatkan maklumat akaun mereka samada dengan mengunjungi mana-mana pejabat TAP pada waktu bekerja atau menggunakan Kiosk e-Info TAP.

Ahli yang telah mendaftar sebagai pengguna e-Amanah pula boleh mendapatkan maklumat berkenaan secara online melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn.

Untuk sebarang pertanyaan, ahli bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 semasa waktu bekerja atau melalui emel di ask@tap.com.bn

ARTIKEL YANG SAMA