Tapak pembinaan runtuh ragut empat jiwa

Tapak pembinaan runtuh ragut empat jiwa

SEOUL, 1 Jun – Empat pekerja maut dan 10 lagi cedera dalam runtuhan yang berlaku di tapak pembinaan jalan bawah, hari ini, berhampiran bandar Seoul, Korea Selatan, menurut jabatan bomba.

Pekerja penyelamat mencari mangsa selepas letupan di tapak pembinaan jalan bawah tanah di Namyangju, Korea Selatan, semalam. Pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba dan Bencana Ibu Pejabat Wilayah Gyeonggi berkata pekerja berada di bawah tanah ketika letupan yang berlaku pagi kelmarin. – AP

Mangsa-mangsa sedang melakukan kerja-kerja kimpalan di bawah tanah apabila satu letupan – kemungkinan tangki oksigen – mengakibatkan struktur di sekitarnya runtuh menghempap mereka.

Empat pekerja terbunuh, sementara yang cedera, beberapa daripada mereka mengalami cedera terbakar, telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan, menurut jurucakap jabatan bomba memberitahu AFP.

Kemalangan berlaku sekitar jam 7:20 pagi (2220 GMT Selasa) di bandar Namyangju, timur Seoul. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Punca letupan masih belum diketahui. Seorang pegawai dari jabatan bomba Namyangju, yang juga tidak mahu namanya disiarkan, memetik peraturan pejabat, kata seorang tangki gas yang digunakan untuk operasi kimpalan mungkin meletup.

Kemalangan tersebut merupakan kejadian terbaru ke dalam senarai kemalangan maut di Korea Selatan selepas bencana feri pada tahun 2014 yang mengorbankan lebih daripada 300 orang, tetapi isu-isu keselamatan terus diabaikan. – AFP